background


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 17 May 2012

TEKNOLOGI PENDIDIKAN : ASAH KREATIVITI BAKAL GURU..( KULIT BUKU)

Catatan kali ini mungkin tidak berkaitan dengan catatan-catatan sebelum ini..Tetapi suka saya ingin menyatakan bahawa kursus teknologi pendidikan yang saya ambil untuk kursus ini meransang diri ini untuk belajar menjadi kreatif. Manakan tidaknya, semua pelajar dikehendaki membuat beberapa projek yang memerlukan kami menggilap otak kanan kami untuk menghasilkan sesuatu yang agak diluar jangkaan (bagi sayalah)..Tetapi saya amat bersyukur, kerana setidak-tidaknya saya berusaha untuk belejar menjadi kreatif dan novatif dalam kursus ini. Moga ilmu yang dipelajari ini boleh dipraktikkan ketika menjadi guru kelak.

Muka hadapan

Tulang buku

Muka belakang
* 'Kulit Buku" merupakan antara projek yang perlu pelajar dalam kursus ini buat Saya telah memilih novel sebagai konsep kulit buku saya...Walaupun mungkin tidaklah seberapa, tetapi saya sungguh berpuas hati dengan hasil usaha saya ini..

Thursday 3 May 2012

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAHLAKU



Ini adalah nota yang rakan saya hasilkan dan moga bermanfaat untuk dikongsi bersama..Untuk melihat nota sepenuhnya sila klik " kongsi ilmu"...
Kongsi ilmu : EBD

KELAS HUJUNG/PEMULIHAN/KHAS...ADAKAH MEREKA MALAS HENDAK BELAJAR?

Situasi 1

Murid 1 : Awak kelas mana?
Murid 2 : Saya kelas A..
Murd 1 : Ohh,mesti awak pandai kan?

Situasi 2
Murid 1 : Awak kelas mana
Murid 2 : Saya kelas F
Murid 1: Ok,bye (sambil berbisik dgn rakannya "mesti dia bodoh/tak pandai kan?"..

Senario diatas bukan 'skrip filem/drama' semata-mata kerana situasi diatas pernah/sedang/akan berlaku dikebanyakan sekolah di seluruh dunia. Jadi, kebanyakan individu sudah lali dengan perbualan sedemikian sama ada sebagai pemerhati atau murid 1 atau murid 2 atau murid 3. Secara realitinya, bukan golongan murid sahaja yang memandang rendah kepada murid dari kelas hujung atau akhir tetapi ada diantara guru dan masyarakat masih memandang enteng terhadap golongan murid ini. Disini bukannya ingin menimbulkan isu berkaitan pandangan masing-masing terhadap murid dari kelas hujung atau akhir tetapi sekadar ingin merungkai sedikit hakikat  belakang tabir murid dari kelas hujung.


Pernahkah kita terfikir, adakah murid dari kelas hujung (MKH) hanya bersandar pada 1 sebab iaitu'malas' sehinggakan mereka ditolak kelas yang telah dilabel 'kurang pandai itu'? Pernahkah kita membelek ada kisah lain disebalik cerita mereka ini? Adakah proses pembelajaran mereka baik-baik sahaja?Adakah mereka faham apa yang diajar? Adakah mereka tahu apa yang diajar ? Adakah mereka kenal huruf/nombor/simbol yang ditunjukkan? Adakah mereka menghadapi kesukaran ketka belajar?Apakah perasaan mereka ketika belajar?..

Saya amat tertarik dgn sebuah artikel  berkenaan murid pemulihan khas dan dalam artikel tersebut menrangkan ciri-ciri murid lemah pembelajaran.

Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa murid-murid lemah dalam
pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada
kemahiran lisan, bacaan mahupun penulisan.
b) Lemah untuk mengubah alih pengetahuan kepada plebagai situasi
pembelajaran.
c) Lambat memastikan sesuatu perkataan sama ada dari segi sebutan
mahupun maknanya.
d) Lambat membentuk konsep.
e) Kerap kali lupa akan perkara-perkara yang telah diajar.
f) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran.
g) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
h) Suka bersendirian, mempunyai konsep yang negative
i) Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku.
j) Pendiam, malu dan sukar untuk bertindak balas.

Bagi pendapat saya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan stigma negatif kpd MKH kerana kemungkinan mereka mempunyai masalah dalam aspek kognitif seperti memproses maklumat. Fenomena ni bukannnya sesuatu yang dipinta tetapi mereka telah terpilih untuk menghadapinya.

"Taare zamen par" sebuah filem yang mata bermanfaat dan
dan berkualiti untuk ditonton..
Berkenaan murid dgn K/U disleksia -menyelongkar  kisah disebalik
pencapaian rendah  dan 'murid nakal"..

Jadi,mungkin sedikit iktibar buat kita bersama bahawa manusia itu pelbagai termasuklah dari segi potensi dan keupayaan mengikutdan menguasai pembelajaran. Misalnya, ada diantara mereka yang mudah memahami 
dan tahu cara 'makan' hanya dengan melihatnya,tetapi ada yang perlu diajar selangkah demi selangkah sehinggalah bagaimana makanan itu dapat dikunyah......

Monday 30 April 2012

ADD & ADHD



Dia dianggap seorang yang nakal,
Tindakannya dikatakan bukan berasaskan akal,
Bila ditanya sering terkial-kial, 
Karenah yang agresif sering dipersoal..

Wahai insan budiman..
Marilah dekat, marilah kenal..
Tenung matanya dengan mendalam..
Selongkar rahsia sebab demikian..
Pasti jawapannya ditunjukkan Tuhan..

* Kanak-kanak dengan kekurangupayaan ADD dan ADHD sering dilabel dengan pelbagai istilah negarif seperti nakal, tidak dengar kata, suka melawan dan banyak lagi. Tapi tahukah kita ada ilmu yang tersembunyi disebalik 'ADD dan ADHD' ini, ada rahsia  tindaka-tindakan yang dianggap kurang disenangani ini..

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu 'nota yang dihasilkan oleh rakan seperjuangan saya' berkenaan ADD dan ADHD.. Sebuah nota yang saya kira cukup baik untuk mengenal ADD dan ADHD..Moga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita bersama..


# untuk melihat dan membaca nota sepenuhnya, sila klik link dibawah :-




Sunday 29 April 2012

ISTILAH DAN DUNIA OKU..

Semester ini saya telah mengambil satu kursus berkenaan perancangan dan pembinaan istilah bahasa Melayu..
Melalui kursus tersebut, barulah saya ketahui bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka,DBP merupakan satu-satunya badan yang bertanggungjawab dalam membentuk dan meluluskan istilah yang sesuai untuk digunakan dalam sesuatu bidang seperti Sains dan Teknologi...Antara kriteria dalam pemilihan sesuatu istilah itu termasuklah istilah itu mendukung makna, ciri dan karekter sesuatu keperluan(perkataan) itu serta istilah yang dipilih mestilah mempunyai kesopanan, manfaat dan sesuai digunakan oleh masyarakat.

   Sedang asyik menghayati ilmu yang baru dipelajari ini, tiba-tiba hai saya terusik untuk mengaitkan ilmu ini dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Teringat saya, pertama kali melangkah dalam kuliah. Kami ditegur oleh pensyarah untuk tidak menggunakan perkataan yang berbaur sensitiviti pada sesetengah pihak.  Mungkin bagi yang tidak perasan menganggapnya ia merupakan perkataan yang sudah sebati digunakan dan tidak perlu dijadikan isu. Namun bagi mereka yang mengetahui dan merasai, ia mungkin satu 'penghinaan' dan kekangan kehidupan dalam bentuk verbal.



     Dari satu kuliah ke satu kuliah, satu kursus ke satu kursus, satu semester ke satu semester, dan satu tahun- satu tahun, kami sering dibekalkan dengan istilah-istilah yang cukup indah gambarannya dalam bidang ini oleh pejuang-pejuang insan istimewa (pensyarah-pensyarah)..

Berikut adalah antara istilah-istilah yang cukup indah dan bermakna yang saya pelajari dalam bidang ini..


  • orang cacat - Orang dengan kekurangupayaan
  • orang normal- orang tipikal
  • terencat akal -orang dengan kekurangupayaan intelektual
  • lembam -bermasalah pembelajaran
  • kelas normal -kelas aliran perdana
  • murid cacat/pendidikan khas -murid bekeperluan khas
  • murid pandai -murid yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang akademik



Catatan ini adalah perspektif saya dari kaca mata saya sendiri yang menganggap diri sebagai bakal seorang guru pendidikan khas... Moga sentiasa diberi kesedaran dan kepekaan oleh Allalh SWT untuk membelai hati 'mereka yang istimewa' dengan kata-kata yang cukup lembut dan indah. Amin

Tuesday 24 April 2012

MAKMAL AUTISME UKM


Baru-baru ini, makmal Autsime UKM, MAIA telah mendapat liputan pihak media bersempena 
dengan bulan April yang diumumkan sebagai bulan Kesedaran Autisme. Seingat saya, 
sejak bermulanya kempen ini pada awal April lalu, MAIA telah mendapat liputan untuk
 dua program televesyen popular iaitu MHI dan Wanita Hari Ini yang masing-masing disiarkan di TV3.
 Ketua MAIA pula iaitu Dr. Hasnah Toran yang juga merupakan pensyarah saya telah 
beberapa kali diundang sebagai panel dan penceramah tentang kesedaran terhadap Autisme 
  untuk beberapa program televisyen dan radio seperti Apa kata Wanita TV1 dan
 sebuah  rancangan radio milik RTM. 

Penayangan program berkenaan Autisme yang makin pesat di 
media massa dan elektronik menunjukkan bahawa masyarakat mulai peka terhadap
kekurangupayaan yang unik ini (Autsime). Moga, selepas ini ramai pihak yang ambil peranan
dan turut sama turun padang dalam membantu memperkembangkan potensi dan keupayaan mereka agar mampu berfungsi seperti individu tipikal yang lain.



Thursday 19 April 2012

INTERVENSI AWAL

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.

Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004). Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun.

 Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas merujuk
kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada kategori bermasalah pembelajaran.

Berikut adalah antara kepentingan intervensi awal

1) Bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
2) Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
3) Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
4) Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan.



Video berkenaan Program Intervensi yang dijalankan oleh sebuah agensi swasta di US. 


*kepada ibubapa atau keluarga yang mempunyai anak yang diagnos dengan kekurangupayaan seperti Autisme, Sindrom Down, Disleksia dan dan lain-lain. Mungkin ada baiknya seandainya anda memulakan langkah awal dengan menghantar anak anda ke pusat-pusat intervens awal bagi membantu perkembangan anak anda dengan lebih positif .