background


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 29 April 2012

ISTILAH DAN DUNIA OKU..

Semester ini saya telah mengambil satu kursus berkenaan perancangan dan pembinaan istilah bahasa Melayu..
Melalui kursus tersebut, barulah saya ketahui bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka,DBP merupakan satu-satunya badan yang bertanggungjawab dalam membentuk dan meluluskan istilah yang sesuai untuk digunakan dalam sesuatu bidang seperti Sains dan Teknologi...Antara kriteria dalam pemilihan sesuatu istilah itu termasuklah istilah itu mendukung makna, ciri dan karekter sesuatu keperluan(perkataan) itu serta istilah yang dipilih mestilah mempunyai kesopanan, manfaat dan sesuai digunakan oleh masyarakat.

   Sedang asyik menghayati ilmu yang baru dipelajari ini, tiba-tiba hai saya terusik untuk mengaitkan ilmu ini dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Teringat saya, pertama kali melangkah dalam kuliah. Kami ditegur oleh pensyarah untuk tidak menggunakan perkataan yang berbaur sensitiviti pada sesetengah pihak.  Mungkin bagi yang tidak perasan menganggapnya ia merupakan perkataan yang sudah sebati digunakan dan tidak perlu dijadikan isu. Namun bagi mereka yang mengetahui dan merasai, ia mungkin satu 'penghinaan' dan kekangan kehidupan dalam bentuk verbal.



     Dari satu kuliah ke satu kuliah, satu kursus ke satu kursus, satu semester ke satu semester, dan satu tahun- satu tahun, kami sering dibekalkan dengan istilah-istilah yang cukup indah gambarannya dalam bidang ini oleh pejuang-pejuang insan istimewa (pensyarah-pensyarah)..

Berikut adalah antara istilah-istilah yang cukup indah dan bermakna yang saya pelajari dalam bidang ini..


  • orang cacat - Orang dengan kekurangupayaan
  • orang normal- orang tipikal
  • terencat akal -orang dengan kekurangupayaan intelektual
  • lembam -bermasalah pembelajaran
  • kelas normal -kelas aliran perdana
  • murid cacat/pendidikan khas -murid bekeperluan khas
  • murid pandai -murid yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang akademik



Catatan ini adalah perspektif saya dari kaca mata saya sendiri yang menganggap diri sebagai bakal seorang guru pendidikan khas... Moga sentiasa diberi kesedaran dan kepekaan oleh Allalh SWT untuk membelai hati 'mereka yang istimewa' dengan kata-kata yang cukup lembut dan indah. Amin

11 comments:

  1. gud sharing miss ezzi
    sy pun kdg2 terlepas menggunakan istilah yg tidak betul itu. keep it up! i'm waiting for next entry

    ReplyDelete
  2. samala saya pun..harap2 dgn adanya blog cikgu izza dpt mmbekalkan maklumat yg lebih banyak..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ckgu faried..moga kte saling berkongsi ilmu..

      Delete
  3. penggunaan istilah2 lama yang sering kita gunakan akan membawa kepada stereotaip terhadap mereka yang berkeperluan khas.

    hemm.. banyk yg kita belajar dalam kelas. semoga blog ni dpt memberi ingtan dan info yang berguna untk mereka di luar sana. good job za

    ReplyDelete
  4. very useful post.i think the use of terms in addresing people with special needs is very important to avoid misunderstanding and mislabelling by the society

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..hopefully we are aware of the sensivity of our future students..

      Delete
  5. insyaALLAH info nie buat kita lebih berhati-hati untuk melabelkan mereka menggunakan istilah yang betul..

    ReplyDelete
  6. ye betul..moge kte menjadi sensatif dgn perasaan oku..

    ReplyDelete