background


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 24 April 2012

MAKMAL AUTISME UKM


Baru-baru ini, makmal Autsime UKM, MAIA telah mendapat liputan pihak media bersempena 
dengan bulan April yang diumumkan sebagai bulan Kesedaran Autisme. Seingat saya, 
sejak bermulanya kempen ini pada awal April lalu, MAIA telah mendapat liputan untuk
 dua program televesyen popular iaitu MHI dan Wanita Hari Ini yang masing-masing disiarkan di TV3.
 Ketua MAIA pula iaitu Dr. Hasnah Toran yang juga merupakan pensyarah saya telah 
beberapa kali diundang sebagai panel dan penceramah tentang kesedaran terhadap Autisme 
  untuk beberapa program televisyen dan radio seperti Apa kata Wanita TV1 dan
 sebuah  rancangan radio milik RTM. 

Penayangan program berkenaan Autisme yang makin pesat di 
media massa dan elektronik menunjukkan bahawa masyarakat mulai peka terhadap
kekurangupayaan yang unik ini (Autsime). Moga, selepas ini ramai pihak yang ambil peranan
dan turut sama turun padang dalam membantu memperkembangkan potensi dan keupayaan mereka agar mampu berfungsi seperti individu tipikal yang lain.



4 comments:

  1. gudjob cikgu izza.
    keep it up in next entry/post ok..

    ReplyDelete
  2. blog yang menarik cikgu izza..melalui blog cikgu saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai autisme...semoga lebih byk entry yang dapat cikgu kongsikan bersama..

    ReplyDelete
  3. thanks to cikgu farhana..moge kte same2 mendapat manfaatnyer..

    ReplyDelete