background


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 19 April 2012

INTERVENSI AWAL

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.

Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004). Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun.

 Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas merujuk
kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada kategori bermasalah pembelajaran.

Berikut adalah antara kepentingan intervensi awal

1) Bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
2) Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
3) Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
4) Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan.



Video berkenaan Program Intervensi yang dijalankan oleh sebuah agensi swasta di US. 


*kepada ibubapa atau keluarga yang mempunyai anak yang diagnos dengan kekurangupayaan seperti Autisme, Sindrom Down, Disleksia dan dan lain-lain. Mungkin ada baiknya seandainya anda memulakan langkah awal dengan menghantar anak anda ke pusat-pusat intervens awal bagi membantu perkembangan anak anda dengan lebih positif .


No comments:

Post a Comment