background


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 April 2012

ADD & ADHD



Dia dianggap seorang yang nakal,
Tindakannya dikatakan bukan berasaskan akal,
Bila ditanya sering terkial-kial, 
Karenah yang agresif sering dipersoal..

Wahai insan budiman..
Marilah dekat, marilah kenal..
Tenung matanya dengan mendalam..
Selongkar rahsia sebab demikian..
Pasti jawapannya ditunjukkan Tuhan..

* Kanak-kanak dengan kekurangupayaan ADD dan ADHD sering dilabel dengan pelbagai istilah negarif seperti nakal, tidak dengar kata, suka melawan dan banyak lagi. Tapi tahukah kita ada ilmu yang tersembunyi disebalik 'ADD dan ADHD' ini, ada rahsia  tindaka-tindakan yang dianggap kurang disenangani ini..

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu 'nota yang dihasilkan oleh rakan seperjuangan saya' berkenaan ADD dan ADHD.. Sebuah nota yang saya kira cukup baik untuk mengenal ADD dan ADHD..Moga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita bersama..


# untuk melihat dan membaca nota sepenuhnya, sila klik link dibawah :-




Sunday 29 April 2012

ISTILAH DAN DUNIA OKU..

Semester ini saya telah mengambil satu kursus berkenaan perancangan dan pembinaan istilah bahasa Melayu..
Melalui kursus tersebut, barulah saya ketahui bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka,DBP merupakan satu-satunya badan yang bertanggungjawab dalam membentuk dan meluluskan istilah yang sesuai untuk digunakan dalam sesuatu bidang seperti Sains dan Teknologi...Antara kriteria dalam pemilihan sesuatu istilah itu termasuklah istilah itu mendukung makna, ciri dan karekter sesuatu keperluan(perkataan) itu serta istilah yang dipilih mestilah mempunyai kesopanan, manfaat dan sesuai digunakan oleh masyarakat.

   Sedang asyik menghayati ilmu yang baru dipelajari ini, tiba-tiba hai saya terusik untuk mengaitkan ilmu ini dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Teringat saya, pertama kali melangkah dalam kuliah. Kami ditegur oleh pensyarah untuk tidak menggunakan perkataan yang berbaur sensitiviti pada sesetengah pihak.  Mungkin bagi yang tidak perasan menganggapnya ia merupakan perkataan yang sudah sebati digunakan dan tidak perlu dijadikan isu. Namun bagi mereka yang mengetahui dan merasai, ia mungkin satu 'penghinaan' dan kekangan kehidupan dalam bentuk verbal.



     Dari satu kuliah ke satu kuliah, satu kursus ke satu kursus, satu semester ke satu semester, dan satu tahun- satu tahun, kami sering dibekalkan dengan istilah-istilah yang cukup indah gambarannya dalam bidang ini oleh pejuang-pejuang insan istimewa (pensyarah-pensyarah)..

Berikut adalah antara istilah-istilah yang cukup indah dan bermakna yang saya pelajari dalam bidang ini..


  • orang cacat - Orang dengan kekurangupayaan
  • orang normal- orang tipikal
  • terencat akal -orang dengan kekurangupayaan intelektual
  • lembam -bermasalah pembelajaran
  • kelas normal -kelas aliran perdana
  • murid cacat/pendidikan khas -murid bekeperluan khas
  • murid pandai -murid yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang akademik



Catatan ini adalah perspektif saya dari kaca mata saya sendiri yang menganggap diri sebagai bakal seorang guru pendidikan khas... Moga sentiasa diberi kesedaran dan kepekaan oleh Allalh SWT untuk membelai hati 'mereka yang istimewa' dengan kata-kata yang cukup lembut dan indah. Amin

Tuesday 24 April 2012

MAKMAL AUTISME UKM


Baru-baru ini, makmal Autsime UKM, MAIA telah mendapat liputan pihak media bersempena 
dengan bulan April yang diumumkan sebagai bulan Kesedaran Autisme. Seingat saya, 
sejak bermulanya kempen ini pada awal April lalu, MAIA telah mendapat liputan untuk
 dua program televesyen popular iaitu MHI dan Wanita Hari Ini yang masing-masing disiarkan di TV3.
 Ketua MAIA pula iaitu Dr. Hasnah Toran yang juga merupakan pensyarah saya telah 
beberapa kali diundang sebagai panel dan penceramah tentang kesedaran terhadap Autisme 
  untuk beberapa program televisyen dan radio seperti Apa kata Wanita TV1 dan
 sebuah  rancangan radio milik RTM. 

Penayangan program berkenaan Autisme yang makin pesat di 
media massa dan elektronik menunjukkan bahawa masyarakat mulai peka terhadap
kekurangupayaan yang unik ini (Autsime). Moga, selepas ini ramai pihak yang ambil peranan
dan turut sama turun padang dalam membantu memperkembangkan potensi dan keupayaan mereka agar mampu berfungsi seperti individu tipikal yang lain.



Thursday 19 April 2012

INTERVENSI AWAL

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.

Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004). Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun.

 Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas merujuk
kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada kategori bermasalah pembelajaran.

Berikut adalah antara kepentingan intervensi awal

1) Bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
2) Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
3) Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
4) Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan.



Video berkenaan Program Intervensi yang dijalankan oleh sebuah agensi swasta di US. 


*kepada ibubapa atau keluarga yang mempunyai anak yang diagnos dengan kekurangupayaan seperti Autisme, Sindrom Down, Disleksia dan dan lain-lain. Mungkin ada baiknya seandainya anda memulakan langkah awal dengan menghantar anak anda ke pusat-pusat intervens awal bagi membantu perkembangan anak anda dengan lebih positif .


JENIS KEKURANGUPAYAAN MASALAH PEMBELAJARAN

* JENIS KU YANG LAZIMNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MASALAH PEMBELAJAN.
Disini saya hanya menyeneraikan beberapa KU dan sedikit ciri-cirinya yang lazimnya dimasukkan ke kelas khas masalah pembelajaran.

1) AUTISME
Autisme ialah satu gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi,tingkah laku yang luar biasa dan iamginasi. Ia juga satu kekurangan seumur hidup yang mana komunikasi penghidapnya terbantut dan berdasarkan pembelajaran saya 405 dari mereka tidak dapat berhubung secara langsung mengikut tahap Autisme itu sendiri sama ada ringan atau teruk . Individu Autisme boleh mendengar dan melihat tetapi mereka seolah-olah hidup di dalam dunia mereka sendiri. 

Mohd Danial Zainudin merupakan seorang pelajar dengan Autisme yang telah
mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini.

2.) DOWN SYNDROME
Saya pasti umum sudah ramai mengetahui apa itu down syndrome sekurang-kurangnya kenal dan dapat membezakan antara seseorang individu tipikal dan dengan down syndrome. Down syndrome atau trisomy 21 merupakan sejenis penyakit jenetik dan antara ciri-cirinya termasuklah tubuh yang pendek kedudukan mata yang sedikit keatas dan menurut kebanyakan kajian, ndividu dengan Down Syndrome lazimnya mempunyai kekurangupayaan intelektual atau mental illness tahap ringan dan sederhana.

Individu dengan sindrom down yang sering memrunyai iras hampir sama


3) ADHD DAN ADD
ADHD  adalah Kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan  manakala ADD adalah Kecelaruan kurang daya tumpuan yang kedua-dua KU ini adalah berpunca dari kadar gula yang berlebihan di dalam badan. Antara ciri-ciri kanak-kanak ini adalah sukar memberi tumpuan, sukar menjadi pendengar yang baik, mudah terlupa, sering terganggu walupun dengan rangsangan-rangsangan minima dan sering disalah anggap iaitu sebagai seorang yang degil.

Kanak-kanak dengan ADHD sering diberikan ubat bagi mengurangkan  keaktifan mereka,
tetapi menurut sesetengah kajian, pengambilan ubat amatlan tidak digalakkan kerana mempunyai kesan sampingan
seperti mengantuk dan tidur yang berpanjangan.


* Mereka bukan hidup dengan kekurangupyaan, tetapi dengan kekuatan dan potensi.. Jadi, tiada bezanya mereka dengan orang tipikal. =)

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN


Definisi  ‘Masalah pembelajaran’  menurut Amerika Syarikat, England dan Malaysia dalam konsep mudah.

Amerika (International Disability Educaton Act,IDEA) :
Kesukaran menggunakan kemahiran-kemahiran belajar tertentu seperti membaca, menulis, bercakap, mendengar,mengira dan menaakul.
Contoh : Disleksia, Discalsulia, Disgrafia dan Aphasia

England ( Special Education Needs,SEN) :
Kekurangupayaan yang menyebabkan keusukaran untuk belajar / mengakses pendidikan.
Contoh : Down syndrome, William syndrome and mental retardation.
Masalah pembelajaran spesifik : Disgrafia, Disleksia, Discalculia, ADD, dan Aspeger’s Syndrome (Autisme ringan)

Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM)
Semua jenis kekurangupayaan tidak termaksud kekurangupayaan penglihatan, kekurangupaan pendengaran dan kekurangupayaan fizikal
Contoh : Autisme, Down Syndrome, ADD, ADHD dan Perkembangan Lewat