* JENIS KU YANG LAZIMNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MASALAH PEMBELAJAN.
Disini saya hanya menyeneraikan beberapa KU dan sedikit ciri-cirinya yang lazimnya dimasukkan ke kelas khas masalah pembelajaran.
1) AUTISME
Autisme ialah satu gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi,tingkah laku yang luar biasa dan iamginasi. Ia juga satu kekurangan seumur hidup yang mana komunikasi penghidapnya terbantut dan berdasarkan pembelajaran saya 405 dari mereka tidak dapat berhubung secara langsung mengikut tahap Autisme itu sendiri sama ada ringan atau teruk . Individu Autisme boleh mendengar dan melihat tetapi mereka seolah-olah hidup di dalam dunia mereka sendiri.
![]() |
Mohd Danial Zainudin merupakan seorang pelajar dengan Autisme yang telah mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. |
2.) DOWN SYNDROME
Saya pasti umum sudah ramai mengetahui apa itu down syndrome sekurang-kurangnya kenal dan dapat membezakan antara seseorang individu tipikal dan dengan down syndrome. Down syndrome atau trisomy 21 merupakan sejenis penyakit jenetik dan antara ciri-cirinya termasuklah tubuh yang pendek kedudukan mata yang sedikit keatas dan menurut kebanyakan kajian, ndividu dengan Down Syndrome lazimnya mempunyai kekurangupayaan intelektual atau mental illness tahap ringan dan sederhana.
3) ADHD DAN ADD
![]() |
Individu dengan sindrom down yang sering memrunyai iras hampir sama |
3) ADHD DAN ADD
ADHD adalah Kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan manakala ADD adalah Kecelaruan kurang daya tumpuan yang kedua-dua KU ini adalah berpunca dari kadar gula yang berlebihan di dalam badan. Antara ciri-ciri kanak-kanak ini adalah sukar memberi tumpuan, sukar menjadi pendengar yang baik, mudah terlupa, sering terganggu walupun dengan rangsangan-rangsangan minima dan sering disalah anggap iaitu sebagai seorang yang degil.
No comments:
Post a Comment